KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG OH BAGAN PINANG!

Ramai yg tidak percaya pengundi Bagan Pinang begitu mudah menerima lamaran UMNO/Bee End dlm pilihanraya kecil ini. Bukan lamaran UMNO/Bee End yang diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi lamaran Isa Samad yang diterima oleh mereka. Hakikatnya apa yang boleh diterjemahkan oleh pengundi tersebut adalah memulangkan 'paku buah keras kepada pucuk pimpinan UMNO' dan Parti PAS dan rakan PAKATAN merupakan 'instrument' yang kebetulan memenuhi ruang atas tersebut kematian ADUN UMNO untuk berada bersama di gelanggang Bagan Pinang. Pengundi nyata mahukan Isa Samad dikembalikan ke pentas perjuangan UMNO dengan caranya sendiri termasuklah penerimaan bawaan RASUAH ke dalam UMNO. Ini hakikatnya yang mesti diterima oleh pucuk pimpinan UMNO kerana bagi pengundi Bagan Pinang yg mengundi Isa Samad, hukuman yang dijatuhkan pada Isa adalah merupakan satu konspirasi dalaman UMNO untuk menjatuhkan Isa Samad bagi membolehkan regu Muhyiddin/Najib merencanakan UMNO dan negara termasuklah membawa MB Hassan ke N9.


Hakikatnya UMNO merampas jawatan Naib Presiden dan jawatan MB dari Isa! Fikirkan dimana kedudukan Isa Samad jika beliau masih kekal selaku Naib Presiden Umno sebelum perlantikan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Itu pandangan masyarakat N9 yg diterjemahkan di Bagan Pinang. Sokongan 'plastik' ini bukan kerana UMNO/Bee End tetapi kerana Isa Samad. Yang pasti UMNO/Bee End sebenarnya tewas kepada Isa Samad kerana terpaksa menelan semula ludah sendiri dan terpaksa menjadikan Rasuah sebagai teknikal. Bayangkan jika satu parti besar UMNO boleh tewas atas kehendak seorang individu perasuah bernama Isa Samad maka apakah yang boleh dilakukan oleh PAS dan PAKATAN dalam PRU13? PAS & PAKATAN bukan sahaja akan menewaskan UMNO/Bee End tetapi UMNO sendiri sebenarnya akan hancur setelah 63 tahun memerintah Malaysia. Dengan syarat PAS dan PAKATAN perlu mempertingkatkan hubungan sesama mereka dan menetapkan supaya segala tindakan dan 'statement' akhbar yangg menyentuh prinsip dan polisi di'centralise'kan di pejabat Perhubungan Negeri PAKATAN dan bukan pejabat parti masing-masing. Ini ada baiknya dalam menyeragamkan sebarang kenyataan dari diputarbelitkan oleh media yang dahagakan berita perpecahan rangkaian PAKATAN RAKYAT. Sebagai PAKATAN yang masih baru, sewajarnya tatacara komunikasi ini diselia dengan baik agar yang mendengar dan membaca sebarang berita dari PAKATAN mempunyai tafsiran yang positive terhadap prinsip dan polisi rangkaian ini.


Sudah tentu kesan dari kemenangan Isa Samad ini akan lebih banyak membawa kebaikan dan hikmah kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU13. Biarkanlah mereka berbangga dengan kemenangan ini yang diyakini akan meniupkan semangat untuk menebus kekalahan kerana kemenangan dengan tiupan semangat RASUAH tidak akan kemana malah akan memudaratkan mereka sendiri. Cuma yang perlu dilakukan adalah cara kita mengutarakan isu RASUAH ini secara berkesan dan mudah terutama kepada mereka yang tidak memahami sangat mengenainya dalam konteks masyarakat biasa dan bukan orang politik. Masyarakat perlu terus disedarkan kesan RASUAH ini kepede nilai kehidupan, kesan kos sara hidup dan proses pembangunan negara kerana ramai lagi rakyat yang melihat kesalahan rasuah itu adalah antara pengamal dan undang-undang tetapi seolah-olah tiada hubungan lansung dalam kehidupan mereka. Kemenangan Isa Samad ini juga akan membuka laluan luas untuk UMNO terus bergelumang dengan isu RASUAH. Mereka akan kekal mengamalkan RASUAH dalam parti mereka dan inilah yang kita mahukan supaya RASUAH ini dapat terus menjadi sebati dalam UMNO/Bee End dan Al-Quran telah menjanjikan pengamal RASUAH dengan hukumannya dan kehancuran mana-mana organisasi dan negara telah banyak terbukti berlaku hasil dari amalan RASUAH. Selagi kita percaya ajaran Islam bahawa RASUAH itu membawa kemusnahan, maka tiada sebab kita perlu merasa bimbang, ragu-ragu atau takut berdepan dengan parti yang mengamalkan RASUAH.


Majoriti pengundi Bagan Pinang sebenarnya antara 'ditolan mati omak, diluah mati bapak!'Mereka juga faham dan akui bahawa RASUAH itu tidak baik kepada masyarakat dan negara serta ditegah agama tetapi oleh kerana niat dendam kesumat mereka kepada UMNO begitu tinggi, maka lebih mengutamakan tuntutan emosi untuk 'Reveal' dengan mengundi Isa Samad. Begitu juga dalam amalan adat pepatih yang mempunyai pertindihan dengan kehendak agama, maka mereka terbukti mencari jalan selamat untuk tidak dilihat bertentangan antara adat pepatih dan kehendak agama. Inilah dia cara dan budaya adat N9 yang memberi kesan sedikit sebanyak kepada keputusan di Bagan Pinang. Tarbiah perlu ditingkatkan dan benteng adat perlu dilunturkan untuk memenuhi kewajipan tuntutan agama dan kemudian barulah kita mungkin melihat hasilnya melalui konteks perjuangan yang di redhaiNYA.Bukankah pepatah N9 ada menyebut 'biar mati anak, jangan mati adat' dan pegangan ini dibawa bersama di N9 termasuklah jajahan antara sempadan N9 ke Melaka. Sejarah membuktikan N9 mempunyai 9 jajahan dan setiap jajahan sering bertelagah dari dahulu dan kekuatan pemuafakan antara jajahan ini diikat oleh Ketua Adat masing-masing. Hal-hal tempatan sebegini perlu diselidiki oleh mana-mana parti yang bertanding kerana 'lain padang, lain belalangnya' dan kita berdepan dengan belalang adat di N9 tetapi kita tidak bersedia mengikut rentaknya. Mungkin kita ada kekuatan tetapi kekuatan kita perlu menerjah masuk dengan penuh adat ke halaman adat tempatan.


InsyaAllah janji Allah terhadap balasan mereka yang mengamalkan RASUAH akan tiba juga dan sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dalam mempertingkatkan perjuangan untuk memenuhi tuntutan agama, bangsa dan negara. Semuga Malaysia tanahairku ini bersatu menentang amalan RASUAH dalam PRU13. HANCUR UMNO, HANCUR BEE END, HIDUP RAKYAT, ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment