KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Monday, September 7, 2009

MANUSIA BERKEPALA LEMBU HADIRI DIALOG ?

Majoriti penduduk section 23 yang hadir untuk sesi penerangan dan dialog dengan pemimpin kerajaan negeri Selangor pada hari Sabtu 5 September lalu merasa amat terkejut kerana tidak menyangka terdapat segelintir manusia berkepala lembu hadir dalam sesi tersebut. Spesis manusia berkepala lembu ini telah mula membuat bising apabila memasuki ruang dewan MBSA. Mereka seterusnya telah mengeluarkan bunyi 'umnoubooakkk' untuk menarik perhatian hadirin yang terpinga-pinga kerana tidak faham apa yang diperkatan oleh mereka ini.
Oleh kerana terlalu ghairah untuk membuat kacau, kumpulan ini juga telah bertindak memaki hamun dan menghentam apa sahaja yang ingin disampaikan oleh Y.B Khalid dan Menteri Besar tanpa mengeluarkan sebarang pandangan yang boleh diterima akal. Manusia berkepala lembu yang hadir ini juga hampir menimbulkan suasana tegang yang tidak dapat dikawal kerana berterusan membuat bising dan berhasrat melemparkan kerusi ke arah salah seorang pemastautin section 23 yang cuba memberikan justifikasi terhadap sikap toleran yang perlu ujud dalam masyarakat Malaysia terutama di section 23, Shah Alam.Nasib agak baik kerana petugas MBSA cepat bertindak menghalang perbuatan tersebut.
Untuk menjadi manusia berkepala lembu beberapa kriteria berikut perlulah ada tetapi tidak dapat dipenuhi oleh rakyat yang cintakan negara iaitu:- 
1. Mesti sanggup berarak dengan kepala lembu
2. Mesti berlagak samseng, seperti HERO dan orang lain mesti kena ikut cakap mereka 100%
3. Mesti biadap dan celupar dan tidak mengamalkan tatasusila yang baik.
4. Mesti kurang hajar, tidak menghormati orang lain,perkauman dan berpura-pura menjadi pejuang agama
5. Mesti mempunyai sifat baling batu dan sembunyi tangan
6. Mesti pandai membuat bunyi 'umnooobooakk'
Semua bangsa mempunyai tatasusila, hormat menghormati dan sopan santun dalam berhubung antara satu dengan yang lain. Umumnya rakyat Malaysia memahami lembu adalah binatang suci bagi penganut agama Hindu dan kefahaman ini telah diwarisi dari nenek moyang semua kaum termasuk bangsa Melayu. Kenyataannya manusia berkepala lembu yang hadir dalam sesi dialog di dewan MBSA bukanlah spesis manusia yang suci kerana ia membawa sentimen sempit perkauman dan agama tanpa toleransi yang tidak diperlukan di bumi Malaysia ini.Kerukunan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia perlu dikekalkan dengan memastikan semua spesis manusia berkepala lembu yang menjadi pemusnah keharmonian ini dikenakan tindakan sewajarnya secepat mungkin. Sifat sopan santun orang melayu dan adab ketika bergaul serta menyuarakan sesuatu lansung tidak ujud bagi manusia berkepala lembu ini. Ramai hadirin yang merasa terhina kerana sesi dialog tersebut telah dicemari oleh perbuatan najis-najis manusia berkepala lembu ini.

Terdengar juga ada hadirin yang mengatakan 'biadap dan kurang ajar' dengan merujuk kepada tingkah laku beberapa kerat spesis manusia berkepala lembu yang tidak bertamadun itu.Seorang hadirin telah mengatakan 'sekarang baru aku faham apa sebabnya mereka membantah'. Rakannya pula bertanya ' apa sebabnya?' Tiba-tiba seorang Pak Haji menyampuk 'sebab kita semua ini bukan manusia berkepala lembu!' Alhamdulillah dan syabas Y.B Khalid, Kak Gee dan Tan Sri Khalid yang telah menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan yang tinggi  sebagai contoh kepada rakyat yang hadir. Selepas ini kita saksikan bersama-sama apakah sandiwara berikutnya yang sedang disimpulkan oleh manusia berkepala lembu ini dimuka pengadilan. Tidak mengapa kita mengikut resam padi, makin berisi semakin tunduk kerana ada rahmatNYA pada kejadian ini. Kita juga terharu kerana majoriti masyarakat India terutama di Shah Alam semakin tinggi toleransinya dan nilai intelektualnya serta mudah mendekati fahaman kerajaan PAKATAN yang menanamkan perasaan muhibbah dalam kehidupan masyarakat majmuk.Mereka kini bijak mengasingkan antara kebencian terhadap sikap ekstremis kerana mereka tahu Kerajaan PAKATAN RAKYAT adalah kunci kepada perpaduan dalam ertikata sebenar masyarakat Malaysia..

No comments:

Post a Comment