KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Sunday, August 30, 2009

Politik Laga Kepala Lembu?

 
petugas no 18, pmtg pauh Aug 29th, 2009 at 2:02 am
 
Assalamualaikum DSAI,
Sedang DSAI Kak Wan sibuk mengatur program di Jeddah dan menunaikan ibadah Umrah dalam mensyariatkan Islam, berlaku pula bantahan gila puak-puak yang kurang ajar dan biadap terhadap kerukunan rakyat Malaysia dalam mengamalkan hak kebebasan beragama di Shah Alam.

Selaku seorang muslim yang menetap dan mengundi di Shah Alam, saya merasa sungguh marah dan terpanggil untuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan yang mendakwa penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu. Mereka ini sebenarnya adalah dalang-dalang parti yang gagal dalam pilihanraya ke 12 yang cuba menimbulkan ketegangan kaum berasaskan sentimen agama. Mereka ini sebenarnya juga sedang bersandiwara melakonkan watak wali dan pejuang agama Islam dengan tujuan tersembunyi untuk memperalatkan isu cadangan pembinaan kuil Hindu oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT bagi kepentingan politik keji mereka.

Dari sepanduk yang dibawa antaranya bertulis “Take beer”, “Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah”, “Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya” dan “Pindahkan kuil ke Seksyen 22 adalah bukti nyata parti dan ahli yang mendokong tindakan kurang ajar dan melampau ini. Tindakan pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur dengan kenyataan “Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi,” adalah bukti sikap baling batu sembunyi tangan yang cuba dilakukannya. Hakikat sebenarnya penduduk di Shah Alam terutama di seksyen 23 sebenarnya telah dimaklumkan perancangan membawa kepala lembu itu beberapa hari sebelum kejadian ini. Perkara yang sama juga telah dilaporkan di akhbar dan media alternatif dan laman blog sehari sebelum kejadian ini. Bagaimanapun majoriti penduduk tidak mahu turut serta dengan bantahan tersebut kerana menyedari ianya adalah salah satu mainan politik pihak-pihak yang tidak bertamadun.

Ramai penduduk Shah Alam yang masih waras, bertamadun dan memahami keperluan toleransi dalam kehidupan masyarakat majmuk walaupun Shah Alam adalah bandaraya majoriti penduduk muslim. Majoriti memahami keperluan setiap bangsa untuk mengamalkan ajaran masing-masing dan keperluan menghormati antara satu sama lain kerana tahap intelektual yang tinggi dikalangan penduduk Shah Alam.

Ketika UMNO/BN memerintah Selangor, rakyat Shah Alam telah melihat bagaimana di beberapa lokasi masjid dan kuil Hindu telah didirikan bersebelahan antara satu sama lain. Ini menunjukkan kerajaan UMNO/BN tidak mengambil sensitiviti keagamaan dalam meluluskan pembinaan tempat ibadat. Ianya berlaku di seksyen 16 (sebelah stesen minyak BP), dan beberapa lokasi lain. Malahan UMNO/BN di bawah Ketua UMNO Dato Zain jugalah yang telah membenarkan membina kuil Hindu di seksyen 19 berdekatan masjid lama yang mana jaraknya kurang dari 100 meter dimana majoriti penduduknya adalah orang muslim. Selain itu kita dapat melihat di seksyen 18 barat dan timur dimana surau berada kurang dari 300 meter dari kuil hindu yang terletak bersebelahan pusat aktiviti korban Aidil Adha PAS. Apakah UMNO/BN lupa bahawa mereka yang melaung-laungkan 1 Malaysia dan semangat perpaduan pelbagai kaum? Mengapa pula apabila PAKATAN RAKYAT memerintah maka ditimbulkan isu pembinaan kuil di kawasan majoriti melayu? Persoalan utamanya mengapa baru sekarang hendak menjadikan isu pembinaan kuil ini sebagai satu isu agama? Perlu kita ingat Shah Alam atau mana-mana bandar tidak pernah menjadi milik orang melayu UMNO sahaja kerana kita berada di bumi Malaysia dan ianya adalah bandar untuk semua kaum yang menjadi rakyat Malaysia.

Sebenarnya kerajaan PAKATAN RAKYAT mahukan supaya penyusunan semula rumah ibadat pelbagai kaum dilakukan dengan teratur. Kita tidak mahu melihat tempat-tempat ibadat bertaburan tanpa teratur kerana ianya akan membawa kepada pelbagai masalah sosial dalam jangka masa depan. Ini juga akan menjadikan semua rumah ibadat dapat menjalankan aktiviti tanpa kekangan yang membatasi kehendak agama masing-masing.

Ayyad bin Hammad meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah telah memerintahkan kita untuk rendah hati dan sederhana. Sama sekali tidak perlu bagi kamu untuk kejam atau angkuh kepada orang lain.” (Muslim) -Allah SWT membenci pelanggaran terhadap perintah diatas. Al Isra 38.
Selain itu Islam mementingkan keserdahanaan dikalangan umatnya dan menghormati antara satu sama lain termasuk bangsa dan agama. Tindakan mereka yang membantah secara keterlaluan dengan membawa kepala lembu adalah perbuatan mereka yang memburukkan dan mengeji imej toleransi Islam dikacamata penganut agama lain. Adalah dikhuatiri tindakan segelintir mereka yang kurang ajar ini akan mencetuskan semula bibit-bibit trajedi pergaduhan kaum kesan dari pemusnahan kuil hindu di Kerling, Kuala Kubu pada suatu ketika dahulu. Kalau itulah yang mereka mahukan, maka mereka sudah semakin dekat dengan objektif tersebut!

Mereka yang bertanggungjawab dalam bantahan ini terutamanya pihak penganjur wajib diambil tindakan termasuk ISA kerana telah mencetuskan bibit-bibit syak wasangka agama yang mampu mencetuskan suasana ketegangan agama. Amat malang sekali bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bertunjangkan paksi toleransi kaum apabila hampir 10 anggota Polis hanya sekadar melihat sahaja bantahan yang dilakukan tanpa melakukan sebarang usaha untuk menghentikannya. Mengapa tidak pihak Polis menahan mereka yang terlibat untuk siasatan kerana gambar mereka dengan mudah terpapar di media sedangkan ketika bantahan di Kuala Kangsar dahulu ramai yang ditangkap berdasarkan gambar photo yang dirakam? Seolah-olah ada restu diberi untuk kejadian ini berlaku sedangkan apabila dilakukan demontrasi aman memansuhkan ISA dan menentang kenaikan harga minyak terdapat tindakan FRU dan Polis yang amat trajis termasuk menggunakan unit berkuda, helicopter, water cannon dan pelbagai ancaman terhadap mereka yang berdemo tanpa menitiskan setitik darah.

Mungkinkah darah lembu hasil dari kepala lembu yang diletakkan di depan pagar tidak membawa apa-apa makna atau mesej kepada pihak penguatkuasa? Perlu diingat lembu adalah haiwan suci bagi penganut agama Hindu dan kesucian itu tidak boleh dikompromi dengan tindakan liar segelintir makhluk yang mengaku Islam tetapi tidak mentarbiahkan Islam dengan sebenar-benarnya terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Selaku penduduk beragama Islam yang memahami mainan dan sandiwara ini, saya mengutuk, mencela dan memandang hina perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian ini. Saya amat bersimpati dengan seluruh kaum Hindu atas trajedi ini dan mahukan kerajaan yang mengagung-agungkan konsep 1 Malaysia supaya mengambil tindakan segera keatas mereka yang bertanggungjawab. Keadilan perlu diberikan pada seluruh penganut agama Hindu untuk mengamalkan agama mereka di bumi Malaysia bersama seluruh penganut agama lain dalam keadaan yang harmoni. Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dengan kejadian ini akan membuktikan bahawa kerajaan berkompromi dengan mereka yang membaling batu tetapi sembunyikan tangan!

Satu lagi kematian terhadap hak rakyat untuk mengamalkan hak kebebasan beragama dan nyata kematian juga akan menunggu pemerintah dalam PRU13. HANCUR UMNO, HANCUR BN, HIDUP RAKYAT!

1 comment:

  1. Salam,

    Itu lah mainan kotor, jahat oleh politikus UMNO/BN yg berselindung disebalik nama J/kuasa Penduduk yg jadi "lembu-lembu" yg telah dicucuk hidungnya. Wahai Tok-Tok Dalang yg dayus....... 1 Dunia dah tahu temberang kamu

    ReplyDelete