KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Saturday, November 28, 2009

MUSNAH KAH TNB AKHIRNYA DI TELAN IPPs?

Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs)
Dilulus terbit pada Saturday, July 26 @ 08:48:57 MYT
"Oleh : Lord Azaab

Sebenarnya saya merasa sedikit hairan kenapa media berbahasa melayu jarang menyentuh isu ini. Setelah sekian lama Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs) menikmati keuntungan berlipat kali ganda, nilai cukai yang rendah serta penerima subsidi gas terbanyak. Kita seolah-olah lupa bahawa, subsidi kepada
IPPs ini juga sebenarnya melibatkan wang kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa kerajaan begitu cepat bertindak untuk menaikkan harga petrol & amp; diesel? Kurang 12 jam dari pengumuman penstukturan semula subsidi yang dibuat pada 4 June lalu, harga petrol/diesel sudah meningkat lebih 40% di stesyen-stesyen minyak.

Bertambah hairan apabila cadangan kerajaan untuk mengenakan Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall Profit Levy) kepada IPPs masih belum ada khabar berita.Menurut Laporan Kewangan Tahunan Petronas, IPPs telah menerima subsidi gas terbesar negara dengan jumlahnya sebanyak RM8.1 Billion pada tahun lalu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang di terima oleh IPPs semenjak tahun 1997 ialah RM35.7 Billion.


 

Bilangan IPPs [1]

IPPs ditubuhkan untuk membantu TNB membekalkan tenaga electrik selepas berlaku beberapa siri ganguan bekalan yang besar di sekitar tahun 1990an. Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga di dalam laman web rasmi mereka, untuk tahun 2003, Malaysia memiliki 23 buah IPPs di seluruh negara.Antara IPPs terbesar (selain dari subsidiary TNB) ialah YTL Power yang mempunyai plant di Paka dan Pasir Gudang, Genting Sanyen di Kuala Langat dan Segari Energy Ventures (subsidiary Malakoff) di Lumut. Malakoff juga mempunyai kepentingan sebanyak 90% di dalam Stesyen Janakuasa Tanjung Bin, Johor dengan kapasiti 2100 MW.



4 June 2008 : Pengumuman penstukturan subsidi oleh PM [2]

Semasa PM mengumumkan penstukturan semula subsidi itu lebih kurang jam 4pm itu. Ada 2 perkara yang menarik perhatian saya.
1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM
Berkuatkuasa, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
2. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP)
IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka
terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.

Perkara (1), tidak perlulah kita bincangkan disini, susah ada banyak laporan dan ulasan mengenainya. Perkara(2), insyaAllah saya akan kupas semudah mungkin.

Berapa keuntungan IPPs? [3]
Sila rujuk rajah dibawah.


p/s : tiada pengesahan mengenai angka-angka diatas. Ia cuma dilaporkan oleh Persatuan IPPs Malaysia (Penjana Bebas) tanpa sebarang sokongan Audit Luaran.

Berapa harga gas yang dijual oleh Petronas kepada IPPs?
Sila lihat rajah dibawah



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Petronas. Gas dijual kepada IPPs dengan harga yang sangat murah. Ada pihak mengatakan, harga gas yang dijual oleh petronas kepada IPPs sebagai “tidak masuk akal”.
Harga pasaran bagi gas asli ialah dilingkungan RM63.17/mmbtu (juta British Thermal unit). Sedangkan Petronas menjual kepada IPPs pada harga RM6.40 MMBTU sebelum dinaikkan kepada RM14.31/mmbtu. Ini bermakna, IPP masih menikmati subsidi sebanyak RM48.86/mmbtu walaupun selepas harga
disturkturkan semula.
Jadi, tidak hairanlah IPPs adalah penerima subsudi gas terbesar negara. Dan,tidak hairan jikalau mereka mendapat keuntungan yang berganda saban tahun.Untuk rekod, 20% gas yang dibekalkan ke semenanjung (termasuk ke IPP) adalah di import dari Indonesia.Gas yang belum diproses itu diimport dari Lapangan West Natuna, Indonesia itu disalurkan melalui platformDuyung di luar pantai Terengganu dan disalurkan ke Gas Processing Plant(GPP) Kerteh sebelum dibekalkan kepada pengguna (termasuk IPPs) di Semenanjung Malaysia melalui sistem pipeline yang dinamakan Peninsular GasUtility System (PGU System).

Ini bermakna, Petronas membeli 20% gas dari Indonesia dengan harga pasaran,tetapi terpaksa menjual sebahagiannya dengan harga yang sangat-sangat murah kepada IPPs.


Gas yang belum diproses itu di import dari Lapangan West Natuna, Indonesia itu disalurkan melalui platform Duyung di luar pantai Terengganu dan disalurkan ke Gas Processing Plant (GPP) Kerteh sebelum dibekalkan kepada pengguna (termasuk IPPs) di Semenanjung Malaysia melalui sistem pipeline yang dinamakan Peninsular Gas Utility System (PGU System). Jadi, di dalam urus niaga ini, mengikut perkiraan saya,Petronas mengalamikerugian. Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat terpaksa menyerapharga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPPs. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun.

Apa itu windfall profit levy? [4]
Di dalam bahasa mudah, windfall itu membawa maksud perumpaan bahasa melayu iaitu durian runtuh.Berapa wang rakyat dapat diselamatkan jika levy ini berkuatkuasa?




Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, sebanyakRM600 juta dapat dikumpulkan jikalau levy ini berkuatkuasa.



Isu hendak menjaga kebajikan 26 juta rakyat Malaysia atau pemegang 
bond & IPPs?
Saya bukanlah seorang yang pakar untuk memperkatakan tentang systempasaran kewangan dan bond. Namum, tekanan telah diberikan oleh beberapapihak dari bank, pemengan bond dan IPP sendiri kepada pihak kerajaan agarLevy Keuntungan Berlebihan ini dikaji semula.Alasan-alasan yang diberikan oleh
sekumpulan kecil rakyat Malaysia ini ialah diantaranya, nilai bond IPPs itu akanmenurun tarafnya (derating), ganguan kepada system kewangan dan kebolehanIPP situ sendiri di dalam membayarhutang-hutang mereka dan pelbagai lagi.Diantara individu yang lantang menyuarakan isu ini ialah Ketua Executive CIMB,Datuk Seri Nazir Tun Razak. CIMB adalah pengeluar bond terbesar bagi IPPs ini.

IPPs dah untung besar, dapat banyak subsidi, berapa banyak lagi mereka mahu?

Seperti yang kita tahu sebelum ini, IPPs telah menikmati subsidi yang besar darikerajaan.Cara perniagaan yang boleh boleh saya katakana sebagai ‘no risk existing” inicukup mudah. Ini kerana, bekalan yang diberikan kepada TNB akan dibeli tidakkira sebanyak mana TNB pakai, harga bekalan bahan bakar yang dibeli lebih
murah dari harga pasaran serta cukai yang rendah. Jika dilihat dari Laporan KewanganYTL Power International 2007. Keuntungan sebelum cukai mereka adalah sebanyakRM1,296,757,000. Cukai yang dibayarkepada kerajaan (dalam & luar negara)sebanyak RM27,543,000 (selepasbeberapa pengecualian). [5]



Menurut 1 temuramah akhbar The Star dengan bekas CEO TNB, Tan Sri AniArope. Semasa perjanjian pembelian tenaga (Power Purchase Aggrement –PPA) di buat. Dia hanya diberi seperti, ini harganya, ini jumlah tenaganya dan ini jumlah tahunnya, kamu hanya perlu setuju sahaja. [6]. PPA yang berat sebelah antara IPP dan TNB itu dikatakan menjadi punca Tan Sri Ani meletak jawatan sebagai CEO TNB. Dalam temuramah tersebut, Tan Sri Ani berkata – TNB dipaksa untuk menerima harga yang ditetapkan oleh IPP
sebanyak 16 sen seunit (kWh). Jika TNB menerima harga tersebut, TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain.

Sedangkan, pada masa itu, TNB sendiri dapat mengeluarkan tenaga elektrikdengan kos 8 sen seunit dan dapat dijual kepada pengguna dengan harga 17sen seunit. Berapa agaknya gaji big-big boss IPP ini?
Dari laporan kewangan YTL Power International, imbuhan kepada pengarah pengarah syarikat mereka adalah seperti berikut adalah seperti berikut :


Dan, ini pula gaji bos-bos di TNB


Jadi, tidak hairan jika kita pernah terdengar ura-ura gaji CEO TNB hendak dinaikkan sebanyak 100%.

Penutup
Sila betulkan maklumat saya jika ada sebarang info yang tidak tepat agar pembaca artikel ini mendapat maklumat yang lebih tepat. Saya juga mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semuala kandungan PPA agar ia lebih memberi manfaat kepada pengguna dan rakyat Malaysia.




Terima kasih.

No comments:

Post a Comment