KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Thursday, August 27, 2009

Idris Jala Ditendang Keluar Dari MAS! TNB CEO Bila Pula?

Kerajaan UMNO/BN mengumumkan CEO MAS akan ditukarkan dan dilantik sebagai Senator untuk membolehkannya menjawat Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Eksekutif MASEU - Sdr Mustafa Maarof akan membuat kenyataan akhbar berhubung isu-isu terkini di MAS pada pagi ini sebagai ulasan terhadap tindakan kerajaan tersebut.

Berita ribut juga sedang melanda beberapa Syarikat GLC lain berhubung dengan pertukaran-pertukaran CEO yang akan berlaku dalam masa terdekat. Berdasarkan maklumat yang diperolehi menunjukkan ketidak puasan hati pekerja-pekerja swasta terutama Syarikat GLC terhadap kepimpinan teraju syarikat terutamanya CEO telah banyak menimbulkan kesan negatif kepada sokongan perkhidmatan swasta terhadap kerajaan UMNO/BN dalam keputusan PRU12 yang lalu.

Kesatuan dan Persatuan TNB yang turut menganggotai Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat GLC yang  baru ditubuhkan pada akhir Julai 2009 adalah antara Kesatuan yang telah  mendesak kerajaan menukarkan teraju kepimpinan TNB.  Mereka turut difahamkan telah memajukan memorandum berhubung ketidakpuasan hati dan isu-isu berkaitan pimpinan TNB terus kepada Perdana Menteri. Perkara pertukaran CEO TNB dan isu-isu dalaman TNB turut dibangkitkan oleh Perwakilan Mesyuarat Agong UMNO bahagian Pekan yang dihadiri oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Antara isu utama yang meresahkan pekerja TNB adalah kemasukan orang luar secara terus untuk menerajui bahagian-bahagian utama di TNB dengan pakej pendapatan yang jauh lebih baik dari anggota kerja TNB sendiri. Selain itu, tindakan CEO TNB mengutamakan keuntungan  juga dikatakan telah menyebabkan beberapa tuntutan pekerja gagal dipenuhi. Pekerjaan di TNB kini tidak lagi mempunyai nilai 'attractive' berbanding beberapa keistimewaan yang dahulunya dinikmati semasa diperbadanankan. Difahamkan juga beberapa benefit sedia ada juga telah mula terhakis kesan dari langkah penjimatan kos yang dilaksanakan oleh pengurusan kini.

Perkhabaran yang diterima juga membuktikan kaji selidik yang dilakukan oleh syarikat terhadap anggota kerja terhadap pengurusan syarikat dan CEO berada ditahap yang rendah dan menurun. Kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan segera bagi mengembalikan keyakinan pekerja TNB terhadap dasar-dasar penswastaan negara dengan menukarkan CEO yang ada demi memastikan sokongan pekerja TNB terhadap kerajaan dapat dikembalikan melalui pendekatan 1 Malaysia.

2 comments:

  1. kerajaan sudah tidak mahu ambil peduli nasib pekerja swasta..asyik-asyik kakitangan kerajaan shj dapat imbuhan..nasib pekerja swasta patut dibela oleh kerjaan pakatan

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai lagi orang TNB yang akan dibuang kerja? CEO tak berhati perut..salah sikit saja nak buang kerja...nak buat untungpun kena buat cara lainlah..takkan buang kerjapun nak dijadikan kpi?

    ReplyDelete