KEMBALIKAN SEMANGAT BERSIH!

Tuesday, August 25, 2009

UMNO/BN TERSUNGKUR..DI PERMATANG PASIR...DIBAWA ARUS KEBANGKITAN RAKYAT.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Hari ini UMNO/BN tersungkur di Permatang Pasir dan kekalahan UMNO/BN berpunca dari Mat Sembab dan Hantu Rasuah Angkatan Pemuda UMNO yang asyik menipu rakyat dengan pelbagai cerita palsu dan BODOH....

Strategi pembelot Radzi Padang Serai sebenarnya makan diri UMNO/BN sendiri kerana rakyat sudah jemu melihat gelagat pemerintah cuba meragut KUASA RAKYAT. Mainan media Perdana dengan pelbagai isu melaga-lagakan pimpinan PAKATAN dengan menimbulkan isu PENGKHIANAT terhadap DSAI dan isu TGNA kononnya mengatakan orang UMNO tak masuk syurga juga menjadi satu momokan yang gagal menakutkan pengundi Permatang Pasir.

Keputusan Pilihanraya Permatang Pasir membuktikan RAKYAT masih setia dengan PAKATAN dan bersedia menerima tarbiyah pimpinan PAKATAN. Rakyat juga boleh menerima pembuangan papan-papan lapok yang dimakan anai-anai demi untuk membina rumah PAKATAN RAKYAT yang lebih kukuh demi masa depan yang lebih terjamin. Semakin sah ramai yang ingin masuk syurga berbanding masuk neraka jahanam seperti mereka yang menjahanamkan kehidupan rakyat selama hampir 52 tahun MERDEKA. RAKYAT semakin sedar mainan dan tektik kotor UMNO/BN dalam usaha memenangi pilihanraya. Kalau pilihanraya kecilpun UMNO/BN tidak boleh menang, maka kita tunggukan HUKUM KARMA yang akan menanti UMNO/BN dalam PRU13.

Semakin UMNO/BN memaparkan kononnya UMNO/BN kian kukuh kerana ramai yang meninggalkan PAKATAN RAKYAT maka semakin kuat akar umbi rakyat menyokong perjuangan menegakkan keadilan. Propaganda UMNO/BN saban hari di media Perdana tidak meninggalkan bekas kerana rakyat terus melihat kesungguhan pimpinan PAKATAN RAKYAT menghadapi tohmahan dan tipu daya UMNO/BN  memperjuangkan nasib rakyat. Tindakan UMNO/BN mentertawakan dan mempersendakan rakyat melalui strategi 16 September dapat dibezakan oleh rakyat dengan meneruskan kebangkitan menentang kezaliman.
Rakyat sedar bahawa kekangan kenaikan harga petrol, kenaikan tol, pendedahan PKFZ, Korupsi pimpinan UMNO/BN, kehilangan gula di pasaran dan anugerah kebaikan yang kini cuba dibangkitkan melalui 1 Malaysia tidak akan datang bergolek diberi oleh UMNO/BN melainkan setelah rakyat di kekang dan dihemburkan dengan  asakan Polis, FRU dan SPRM. Semua hasil dinikmati dari perjuangan pimpinan PAKATAN RAKYAT dengan sokongan rakyat marhaen adalah merupakan anugerah yang amat bernilai dalam menuntut sebuah negara yang adil dan saksama dalam mengagihkan kekayaan negara. Anjakan ini perlu diteruskan untuk memastikan harta negara ini dapat dibendung dari terus dirompak dan disamun oleh pemimpin-pemimpin rakus acuan UMNO/BN! HANCUR UMNO, HANCUR BN, HIDUP RAKYAT!

No comments:

Post a Comment